Saturday, September 11, 2010

Selamat Hari Raya

Salam..

Blog ini banyak menyampaikan maklumat yang berbentuk 'education' dalam forex. Namun hakikatnya untuk berjaya dalam forex 'sebenarnya' tiada 'rahsia' yang perlu diterokai. Tiada 'secret' method yang apabila dijumpai akan berjaya kerana 'secret' yang menjadi 'rahsia' mana mungkin dapat mengerakkan 'price' untuk bergerak dalam satu 'direction'. Rahsia untuk berjaya sememangnya bergantung pada 'skill' yang perlu diasah dalam perjalanan mencari pendapatan dalam 'forex'. Tiada jalan mudah kerana untuk mantapkan 'skill' maka seharusnya cara yang terbaik ialah dengan praktis.. praktis dan terus praktis... Rahsia sebenar untuk mahir dalam skill ini ialah dengan cara 'ulangi' berkali-kali perkara yang sama. Jika hari nie belajar naik kereta... esoknya belajar naik motor... kemudiannya belajar memandu lori dan seterusnya... anda tidak akan mahir memandu.. Cara yang terbaik untuk mahir memandu kereta ialah dengan cara praktis memandu kereta setiap hari sehingga boleh kawal greed dan fear... Sabar dan tidak panik....

Tiada update.. kerana sekarang 'saya hanya mahirkan' guna support dan resistance dengan menggunakan pembaris 'line'.... Semua maklumat yang berkaitan sememangnya akan dapat diperolehi dalam blog ini... 

Selamat Hari Raya Aidilfitri

No comments: