Saturday, August 9, 2008

Cerita Dari Aku

Ceritanya...

Tersebutlah kisah dimana pada suatu hari ayah Lokman ingin menunjukkan bahawa walauapa pun yang kita buat; orang akan kata... samada baik atau buruk..

Maka bermulalah lokman dan ayahnya merantau di Tanah Arab bersama seekor unta.. Apabila sampai di sebuah kampung; maka lokman dan ayahnya mendengar orang kampung tersebut berkata :"Apalah bodohnya manusia dua beranak nie; ada unta pun tak nak naik... ".. Maka mendengar akan kata orang kampung itu.. Maka Lokman & Ayahnya meneruskan perjalanan seterusnya dengan menunggang unta mereka.

Apabila sampai disebuah kampung lain; Lokman dan ayahnya mendengar orang kampung tersebut berkata:" Apalah punya manusia, kesian unta tu.. sampai dua orang yang menunggangnya".. Mendengar akan kata orang kampung itu, maka ayah Lokman pun menyuruh Lokman menunggang unta tersebut dan beliau menariknya..

Apabila sampai disebuah kampung lain; Lokman dan ayahnya mendengar orang kampung tersebut berkata : "Apalah punya anak; ayah dah tua- biarlah ayah yang naik yang muda kan masih kuat".. Mendengar akan kata orang kampung itu, maka ayah Lokman pula menunggang unta tersebut dan Lokman menarik unta tersebut...

Apabila sampai disebuah kampung lain; Lokman dan ayahnya mendengar orang kampung tersebut berkata : "Apalah punya ayah; anak dia kan masih kecil, biarlah anak yang naik"..

Kemudian ayah Lokman pun berkata; dalam dunia nie walau apa pun yang kita buat. Orang akan tetap berkata samada baik atau buruk. Oleh itu apa yang orang kata bukanlah pengukur samada yang kita buat itu betul atau tidak. Oleh itu, selagi kita buat apa yang Al-Quran & Hadith suruh & tak buat apa yang Al-Quran & Hadith Larang - maka segala apa yang kita buat itu betul...

Aku rasa ramai yang sudah tahu cerita tentang bagaimana ayah Lokman Al Hakim menasihati beliau. Tapi hakikatnya dalam kehidupan tidak ramai yang menggunakan ilmu disebalik cerita tersebut. So hari nie; aku ingin sampaikan opinion aku disebalik cerita tersebut...

Dalam trading; apabila anda berforum; orang akan bercakap macam2... Ada yang kata price akan naik.. ada yang kata price akan turun.. ada yang kata Bull strong... Ada yang kata Bear Strong... Siapa yang betul?... Jawapannya Al Quran & Hadith? Jawapannya ialah knowledge anda terhadap asas dalam trading.. Jika asas anda betul; maka anda tidak akan mendengar apa yang orang cakap; anda akan follow apa yang ilmu anda cakap... Anda harus belajar membuat keputusan dan jangan asyik dengar apa yang orang lain cakap.. Dalam islam; Al Quran dan Hadith adalah panduan.. Kalau tak tahu belajarlah dari ulamak.. So dalam trading - apakah panduan anda? Jawapannya ialah belajar dari mereka yang tahu... Kalau mereka yang tahu cakap bahawa focus pada capital preservation.. ramai yang pakai hemtam jer... kalau mereka yang tahu kata focus pada money management.. ramai yang pakai hemtam jer.. kalau mereka yang tahu cakap focus pada mind.. ramai yang hentam jer...

No comments: