Monday, June 9, 2008

Selepas Mantap Theory....

Sesedar aku ramai yang ingin menjadi cikgu forex walaupun baru sebulan tahu mengenai forex.. Sebab apa nak jadi cikgu... sebab dia merasakan teori dia dah tersangat mantap cuma modal tak der.. Dan dia berangan dengan teori yang dia ada.. maka dia akan jadi millionaire dalam masa sebulan...

Maka dia pun mula promotekan teori dia kepada customer yang boleh dikatakan newbies..

Ada seorang trader yang mantap ada cakap " Biasanya those yang mantap dalam trading tak ada masa sangat nak ngajar, those yang tak mantap dalam trading biasanya ada banyak masa untuk mengajar..."

Maka bermulalah langkah seorang guru forex yang mengajar tapi mempunyai pengalaman walaupun setahun... Maka bermulalah langkah beliau mengajar semua teori yang diberi percuma dalam babypips.com.

Trading nie macam berperang, bagaimana mungkin seorang yang hanya belajar teori perang untuk berdepan dengan musuh yang hebat macam forex market... Adakah panglima perang ini mampu mengikut setiap plan peperangan yang beliau telah rancangkan secara teori.. Inilah masalahnya antara berdepan dengan teori dan praktikal. Pengalaman yang mematangkan seseorang itu dan bukannya dengan membaca teori sahaja.. Pengalaman dalam menyelesaikan masalah yang akan mematangkan seseorang dalam sesuatu bidang berbanding hanya berfikir...

Bermacam teori yang ada dalam trading... Namun berapa ramai yang berjaya.. dan berapa ramai yang tersungkur dan give up...

Untuk newbies amat penting bahawa, walau beribu buku yang anda sudah baca... tiada satu indicator atau sistem yang mampu membuatkan anda gerenti win 100%... Maka untuk berjaya, maka anda perlu belajar accept loss as part of this game..

Untuk newbies sekiranya anda merasakan bahawa you need to know everything before trading.. fundamental.. technical.. sentiment... ini bermakna anda cuba predict the future... nobody knows what will happen in nexr few second... So... Follow is far more important daripada predict... That's why most trader always follow the trend...

Masalah utama trader pada peringkat awal ialah mencari knowledge.. Bila dah faham sikit2, masalah utama muncul sebab didedahkan dengan pelbagai indicators dan system sehingga dia lupa konsep penting kenapa dia nak trade...

Lihat pada profesional trader... majoriti aim untuk up akaun mereka better berbanding ngan jenis investment lain.. so rata2 target ialah 20% - 30% return of investment per year... Ini adalah asas..

Namun kepada newbies.. kekadang mereka aim sehingga 100% per month... Boleh buat.. sebab aku pun pernah buat... tapi...

Bukan sahaja aim untuk dapat 100% per month.. malah mencari system yang sebolehnya 100% win... Dengan minda yang serong ini maka mereka mula mengenali beratus-ratus indicators dan systems sehingga akhirnya ada yang give up... sebab... sebab asasnya tak betul..

Will be continue..

1 comment:

Muhib said...

Slm...memang betul tu bro, kawe ni mmg baru nak kenal2 forex, dah baca mcm2 ebook dan basic forex rasa mcm tak pernah cukup,mulalah bercampur aduk informasi,fenin2 trading guna satu teknik pastu 2 sampailah try mcm2, last2 semua modal beterabur kena cekau ngan cik marginah...pdn muka kawe.

Lepas tu mulalah test EA dan belek2 indikator, try system tu ini,dok fikir2 kenapa semua gagal, rupanya salah diri sendiri..sendiri mau sedarlah, tapi sampai skrg pon masih enak dibuai angan2 ....

Pastu dah malas dah,folex manyak tipu aaa....
Mggu lepas jumpo sorang member yg cuma guna teknik pending order je boleh konsisten 2-3 puloh usd sari...dia bkn tahu byk pun pasal forex ni, mybe zeki dia mudaah... Lanih bersemangat balik nii nak berforx...

Okey Bro...TQ. Kawe suko baco blog demo,pilih2 yg malay bolehlah paham :) demo tak nak terima murid kee..?