Tuesday, December 25, 2007

Trends - Secara Technical...

Bila anda baca article tentang trading, maka ramai trader akan quote " trend is your friend until the end". Bila naik kapal layar, perjalanan adalah lebih mudah apabila kita ikut arah angin. Bila kita cuba melawan arah angin, maka kita kena hadapi banyak rintangan (resistance). Begitu juga dalam forex, antara salah satu golden rule ialah follow the trend. Namun terdapat beberapa persoalan yang perlu dirungkaikan oleh trader tentang trend. Antaranya ialah:-

  1. Bagaimana cara nak tentukan trend up? down? atau ranging (sideways)?
  2. Bagaimana nak tentukan trend yang kita akan ride tu akan continue move up/down? sebab mungkin price akan retrace? atau reversal? Dalam erti kata lain, macam mana untuk pastikan trend yang kita ride tu akan masih kuat?
  3. How to idenify what the current trend is?
  4. TimeFrames mana yang sesuai untuk ride the trend?

My simple trading rule; always trade in direction of primary trend. Cara yang terbaik untuk ride trend ialah; ride after you see established trend. Maknanya adalah baik untuk enter post hanya selepas trend dah wujud bukannya dengan anticipate trend akan berlaku. Dalam erti kata lain " Trade In Direction Of Established Primary Trend".

Jika anda rajin membaca, maka anda akan tahu bahawa terdapat banyak cara untuk tentukan trend. Jika anda menggunakan standard macd cross sebagai indicator penentu kewujudan trend dimana apabila macd cross up; maka trend akan up dan apabila macd cross down maka trend akan down.

Satu lagi cara ialah dengan melihat pada price; apabila price make a series of higher lows and higher high; maka trend ialah up. Apabila price make a series of lower high and lower low; maka trend ialah down.

Cara lain untuk determine trend ialah hanya dengan melihat macd histogram atau sma slope.

So.. kita sudah tahu macam mana nak tentukan kewujudan trend. Maka persoalan yang seterusnya ialah kita perlu tentukan samada trend akan continue move in current trend? retrace? atau reverse? Satu rule yang penting; yang anda kena ingat sampai mati.. " Apabila trend is UP.. Never assume trend reversal until you see macd cross to confirm the trend now change "

Apabila saya baru dalam arena trading nie, apabila diisukan bab ride the trend... Persoalan seterusnya; time frames mana untuk ride the trend.. Saya rasa ramai yang confuse tentang memilih timeframes yang sesuai untuk ride the trend disebabkan apabila bila rujuk 1hr tf trend maybe down but trend maybe up in 4hr tf and daily. So macam mana nak selesaikan problem nie? Selepas banyak membaca, cara terbaik untuk selesaikan conflict nie ialah dengan cara pecahkan trend kepada 3 kategori:-

1. Primary trend.
2. Intermediate trend.
3. Short term trend.

Step pertama ialah kita perlu decide timeframes mana untuk kita nak trade. Sebagai contoh, saya suka trade menggunakan 1hr tf.. maka 1hr tf ialah my intermediate trend. Step seterusnya ialah untuk melihat big picture; maka saya perlu view trend pada tf yang lebih besar dari 1hr menggunakan multiply 5; maka iaitu 4hr tf ialah tf yang terhampir. Maka 4hr tf ialah my primary trend. Maka anda boleh guna short term trend untuk fine tune better entry atau exit. Jika primary trend is Bullish; maka we will wait for confirmation of bullish trend in 1hr before open any position and to get better entry we may go to 15M tf to get better entry price.

Untuk mengukur kekuatan trend, maka kita boleh gunakan gradient trendlines and never ride the trend if you see too steep trendlines cause this may cause very sharp reversal.

So sebagai summary untuk tujuan trading....
  1. Bila macd cross up; maka trend ialah bullish. Apabila macd cross down; maka trend ialah bearish.
  2. Apabila primary trend dan intermediate trend ialah bullish - maka trend ialah bullish.
  3. Apabila primary trend dan intermediate trend ialah bearish - maka trend ialah bearish.
  4. Apabila primary trend bullish dan intermediate trend ialah bearish - maka market ialah ranging.
  5. Apabila price berada diatas Intermediate Up Trend Line - sebarang correction dari main trend hanyalah RETRACEMENT.
  6. Apabila price berada dibawah Intermediate Down Trend Line - sebarang correction dari main trend hanyalah RETRACEMENT.
  7. Apabila price breaks Intermediate Up Trend Line - This is pre signal of DownTrend; confirmation of DOWN is by 4Hr MACD Cross or Price Breaks 4Hr Up TrendLines.
  8. Apabila price breaks Intermediate Down Trend Line - This is pre signal of start of New Up Trend; and confirmation of Up is by 4Hr MACD cross or price breaks 4Hr Down Trend Lines.

No comments: